PTPTN sentiasa menyediakan promosi istimewa untuk menggalakkan penabungan pendidikan dalam kalangan masyarakat Malaysia di samping memberikan penghargaan kepada pendeposit yang setia melalui cabutan-cabutan hadiah yang ditawarkan.
Bersempena dengan pelancaran produk baharu Simpan SSPN Plus, PTPTN tampil dengan Cabutan WOW! Simpan SSPN Plus 2021. Cabutan WOW! Simpan SSPN Plus 2021 menawarkan hadiah yang cukup menarik dan lumayan dengan jumlah keseluruhan hadiah bernilai hampir RM320,000 menanti 221 orang pemenang.
Tempoh promosi bermula 1 September 2021 sehingga 31 Disember 2021.