SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi.
SSPN-i Plus merupakan simpanan pendidikan patuh syariah yang terbaik untuk anak-anak anda. Selain membuat simpanan secara tetap di dalam SSPN-i, produk ini juga menyediakan perlindungan takaful.
SSPN-i Plus menggunapakai konsep simpanan secara komitmen bulanan dan jumlah simpanan adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.
Soalan Lazim
1. SIAPAKAH YANG LAYAK MEMBUKA AKAUN SSPN-I PLUS ? Semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun sehingga mencapai umur 64 tahun layak membuka akaun untuk diri sendiri dan boleh membuka akaun untuk anak atau anak jagaan yang sah (mestilah juga warganegara Malaysia) yang berumur 1 hari sehingga sebelum mencapai umur 29 tahun.
2. ADAKAH SIMPANAN YANG DIBUAT BOLEH DIKELUARKAN PADA BILA-BILA MASA? Pendeposit dibenarkan menutup akaun dan mengeluarkan semua simpanan pada bila-bila masa dengan mengemukakan permohonan kepada PTPTN. Pendeposit juga boleh membuat pengeluaran sebahagian simpanan pada bila-bila masa selepas tiga (3) tahun dari tarikh pembukaan akaun dengan syarat baki minimum yang ditetapkan dalam akaun sebanyak RM1,000.
3. APAKAH YANG AKAN TERJADI SEKIRANYA PENDEPOSIT GAGAL MEMBUAT BAYARAN KOMITMEN BULANAN SEHINGGA TARIKH BAYARAN YANG DITETAPKAN? Sekiranya tiada sebarang bayaran diterima selepas tempoh ihsan, maka akaun akan ditutup serta-merta. Pendeposit akan hilang perlindungan takaful tetapi simpanan masih kekal, boleh membuat tututan simpanan di cawangan PTPTN.
4. SELEPAS PEMBUKAAN AKAUN, BAGAIMANA BOLEH DAPAT SEMAKAN PENYATA SIMPANAN? Pendeposit boleh membuat semakan penyata akaun SSPN-i Plus dengan link berikut: www.ptptn.gov.my/penyatasp/Utama. Untuk Kali pertama perlu daftar sebagai pengguna baru dahulu.
5. BAGAIMANA MEMBUAT TAMBAHAN DEPOSIT? Deposit bulanan boleh dilakukan secara dalam talian dengan link berikut: tambahan_deposit. Senarai Akaun akan dipaparkan dengan hanya memasukkan nombor kad pengenalan pendeposit. Pendeposit juga dapat semak status akaun samada tunggakan atau tidak dengan link berikut.
Semua urusan berkaitan akaun SSPN-i Plus boleh dibuat secara online dan pada bila-bila masa. Pastikan akaun SSPN-i Plus anak-anak anda sentiasa aktif dan jelaskan tunggakan deposit.
HUBUNGI KAMI
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Tingkat Bawah, Menara PTPTN, Blok D, Megan Avenue II, No.12, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur.
UNTUK SEBARANG PERTANYAAN
Careline: 03-2193 3000 Waktu Operasi: Isnin - Jumaat (9:00 Pagi - 5:00 Petang) i-Care (icare.ptptn.gov.my)